HOME

Sunday, June 26, 2011

BANDAR BUKIT BESI YANG SEPI...2011


Suatu petang aku sangat-sangat terasa kesepian dan kedamaian (?mungkinkah..) inikah BANDAR BERSEJARAH BUKIT BESI yang telah dibangunkan oleh KETENGAH selama 38 tahun..
Kami mempunyai wakil rakyat DUN BUKIT BESI Dato' Din Adam dan PARLIMEN DUNGUN Hj. Matulidi dan juga penguasa tempatan KETENGAH. Bukan isu menyalahkan sesiapa..aku sebagai anak tempatan terpanggil untuk berkongsi pendapat dan bersama memajukan kampung halaman kita sendiri. Aku sangat merindui Nostalgia Bandar Bukit Besi dibawah EMCO yang ada keretapi dan sangat maju. Mengapa tidak kita orang Bukit Besi bersatu hati berbincang, memberi pendapat, bersikap terbuka dan tanamkan cita-cita bersama KITA MAJUKAN BUKIT BESI. Kepada YB, Pengerusi JKK, Pegawai KETENGAH fikir-fikirkanlah antara AMANAH, TANGGUNGJAWAB dan MARUAH BANGSA !!!! Terima kasih Y.B Dato' Din bawa balik projek UITM dan Penjara tetapi tolonglah pastikan peluang ekonomi untuk anak tempatan didahulukan!!!

JOM BERKAYAK D'TASIK PUTERI


DEMI KESIHATAN DAN MELEPASKAN KETEGANNGAN "STRESS"..Elok anda dan rakan-rakan atau keluarga ke Tasik Puteri bermain Kayak dan Paddle boat.
Sewaan kayak RM3 untuk dua orang !!!
Dibuka 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Kemudahan lain tapak perkhemahan, kafeteria dan kolam mandi serta air terjun....

TASIK PUTERI CANTIK, JETI TAK CANTIK


Tasik Puteri Bukit Besi adalah satu-satunya pusat rekreasi berkonsepkan tasik yang mampu dikunjungi oleh kesemua golongan masyarakat berhampiran ( PERCUMA !!!) dan 'kekadang' orang luar. Malangnya imej jeti yang 'koyak rabak' melambangkan betapa tiada keperihatin oleh pihak berkuasa tempatan (KETENGAH) dalm menyediakan kemudahan awam. Padang Golf Tasik Puteri dan Resort berhampiran dan pelbagai infrastruktur lain mampu diselenggara atau dibuat baru..apa dah jadi dengan Pegawai KETENGAH. Kabornya kawasan Y.B Dato' Din ADUN BUKIT BESI. Diharapkan juga pemimpin masyarakt Pengerusi JKK dapat main peranan dalam mempromosikan kampung mereka setidak-tidaknya dapatlah anak buah cari makan bila ramai pengunjung ke Tasik Puteri. Jangan bila ada kecelakaan barulah semuanya nak menyibuk!!!