Tuesday, December 20, 2011
Jom kita aktifkan Bukit besi
Salam sejahtera orang kampung Besol dan Bandar Bukit Besi. Apa hebatnya kita jadi orang Bukit Besi hari ini samada generasi lama( orang lama Bukit Besi) dan generasi Baru mahupun mereka-mereka yang menjadi komuniti Bukit Besi kalau kita sekadar bangun pagi, kerja (yang tak bekerja...?), makan dan tidur setiap hari.....Kita ada Tasik Puteri, Kesan Peninggalan Sejarah, Padang Golf dan Resort, Gelanggang Futsal, Gelanggan Sukan (Tenis, Badminton..dsbnya). Hari ini dengan terbinanya Lebuhraya LPT ( ada akses Bukit Besi), Bandar Simpang Laybay, UITM Bukit besi (dalam pembinaaan, dijangka siap tahun depan 2012), Lombong Bijih Besi (dah bukak 24 jam ?..) adakah kita sekadar di PINGGIRAN.!!!??? Jom kita aktifkan Bukit Besi..untuk kita bersama menikmati keindahan alam, kedamaian hati, kemajuan diri, kebahagian keluarga dan meraikan bersama rakan sekampung....semoga kita semua dilindungi ALLAH s.w.t
Sunday, June 26, 2011
BANDAR BUKIT BESI YANG SEPI...2011
Suatu petang aku sangat-sangat terasa kesepian dan kedamaian (?mungkinkah..) inikah BANDAR BERSEJARAH BUKIT BESI yang telah dibangunkan oleh KETENGAH selama 38 tahun..
Kami mempunyai wakil rakyat DUN BUKIT BESI Dato' Din Adam dan PARLIMEN DUNGUN Hj. Matulidi dan juga penguasa tempatan KETENGAH. Bukan isu menyalahkan sesiapa..aku sebagai anak tempatan terpanggil untuk berkongsi pendapat dan bersama memajukan kampung halaman kita sendiri. Aku sangat merindui Nostalgia Bandar Bukit Besi dibawah EMCO yang ada keretapi dan sangat maju. Mengapa tidak kita orang Bukit Besi bersatu hati berbincang, memberi pendapat, bersikap terbuka dan tanamkan cita-cita bersama KITA MAJUKAN BUKIT BESI. Kepada YB, Pengerusi JKK, Pegawai KETENGAH fikir-fikirkanlah antara AMANAH, TANGGUNGJAWAB dan MARUAH BANGSA !!!! Terima kasih Y.B Dato' Din bawa balik projek UITM dan Penjara tetapi tolonglah pastikan peluang ekonomi untuk anak tempatan didahulukan!!!
JOM BERKAYAK D'TASIK PUTERI
TASIK PUTERI CANTIK, JETI TAK CANTIK
Tasik Puteri Bukit Besi adalah satu-satunya pusat rekreasi berkonsepkan tasik yang mampu dikunjungi oleh kesemua golongan masyarakat berhampiran ( PERCUMA !!!) dan 'kekadang' orang luar. Malangnya imej jeti yang 'koyak rabak' melambangkan betapa tiada keperihatin oleh pihak berkuasa tempatan (KETENGAH) dalm menyediakan kemudahan awam. Padang Golf Tasik Puteri dan Resort berhampiran dan pelbagai infrastruktur lain mampu diselenggara atau dibuat baru..apa dah jadi dengan Pegawai KETENGAH. Kabornya kawasan Y.B Dato' Din ADUN BUKIT BESI. Diharapkan juga pemimpin masyarakt Pengerusi JKK dapat main peranan dalam mempromosikan kampung mereka setidak-tidaknya dapatlah anak buah cari makan bila ramai pengunjung ke Tasik Puteri. Jangan bila ada kecelakaan barulah semuanya nak menyibuk!!!
Thursday, January 6, 2011
BANJIR DI BUKIT BESI
Jam 3 petang, Khamis 05012011
Jalanraya Jerangau-Jabor berhampiran JPJ Bukit besi dinaiki air sedalam 2 kaki. Hanya kenderaan berat dan 4WD saja yang nampaknya melepasi laluan berkenaan. Tapi ada sebuah myVi melepasi cabaran ( belakang kenderaan 4WD).
Hujan masih berterusan...Jalan Dungun ke Paka dan melalui Santung terus ke AMBS masih boleh dilalui..maklumat jam 4 petang.
Maklumat lanjut telefonlah
Balai Polis Bukit Besi 09 8337222
Jalanraya Jerangau-Jabor berhampiran JPJ Bukit besi dinaiki air sedalam 2 kaki. Hanya kenderaan berat dan 4WD saja yang nampaknya melepasi laluan berkenaan. Tapi ada sebuah myVi melepasi cabaran ( belakang kenderaan 4WD).
Hujan masih berterusan...Jalan Dungun ke Paka dan melalui Santung terus ke AMBS masih boleh dilalui..maklumat jam 4 petang.
Maklumat lanjut telefonlah
Balai Polis Bukit Besi 09 8337222
Subscribe to:
Posts (Atom)