HOME

Sunday, November 7, 2010

MENCARI JALAN YANG BENAR



“Dan sesungguhnya kalau mereka melak­sanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih mengu­atkan mere­ka. Dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami, dan pasti Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Q.s. an-Nisa’: 66-68).


Orang-orang beriman yang bertakwa kepada Allah berusaha untuk membersihkan diri mereka dari kesalahan dan berusaha untuk memperoleh kesempurnaan akhlak yang menjadikan Allah ridha kepadanya. Namun, orang perlu bersikap rendah hati agar kesalahan-kesalahannya diampuni dan agar memperoleh petunjuk kepada jalan yang lurus. Orang yang rendah hati yang berusaha untuk membersihkan dirinya, pertama-tama akan bersungguh-sungguh mengikuti perin­tah-perintah Allah. Di samping itu, orang-orang beriman yang ikhlas saling menjadi teman dan pelindung bagi orang lain. Mereka memerintahkan yang benar dan melarang yang mungkar. Dengan demikian, karena mengetahui bahwa peringatan seorang yang beriman itu sangat penting bagi penghisaban seseorang di akhirat, maka orang-orang yang beriman juga harus saling mau menerima nasihat. Orang yang mau mengikuti nasihat yang baik akan memperoleh petunjuk kepada jalan yang lurus. Allah memberikan kabar gembira kepada hamba-hamba-Nya yang men­­jauhi bujukan setan dan menaati orang-orang yang menyeru kepada al-Qur’an dan perintah-perintah-Nya:

Silahkan selengkapnya berkunjung ke http://saga-islamicnet.blogspot.com/2010/01/rahasia-mencari-jalan-yang-benar.html#ixzz14jVVQiPX

Wednesday, August 18, 2010

SALAM RAMADHAN UNTUK ORANG BUKIT BESI


Alhamdulillah.. bulan ramadhan kunjung tiba. Beramallah dengan khusyuk, bersatu demi Agama dan Bangsa. Hidup biarlah berprinsip dan kerja serta amalan berlandaskan ISLAM.
Insya Allah akan maju kampung kita. "

"ALLAH tidak akan merubah nasib suatu kaum (...Melayu) sebelum kaum itu sendiri berusaha merubah nasib mereka".

Monday, August 2, 2010

MB TERENGGANU (MAT SAID) PANJAT LOMBONG BUKIT BESI LAGIII...


2-8-2010 Isnin
MB Terengganu buat lawatan kerja ke Lombong Bukit Besi..

Dengar cerita lombong akan dibuka (tengah buat kajian). Kami penduduk Bukit Besi (anak generasi kedua berharap agar dapat bekerja atau ada saham sikit dalam Industri ini. Al Maklumlah kalau PESAKA tutup atau kena pindah apalah lagi sumber pendapatan kami MB !!!

Sekurang-kurangnya dapat bayar hutang rumah KETENGAH...dan KETENGAH boleh buat rumah lebih banyak lagi...

Malangnya YB Din tak ade , dengar kabor pergi BALI INDONESIA main Golf ( 1 ball or 2 ball)..tak faham gelagat Y.B akuuuu.

Anyway THANK YOU VERY MUCH DATO' MB for your cakne..jangan janji tinggal janji. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,,tapi orang luar jugak yang angkut batu besinya..

Agar pilihanraya akan datang UMNO lagi kuat dBukit Besi (tetapi bukan YB Din Adam)

Friday, July 30, 2010

KISAH LOMBONG & Y.B DIN ADAM


Khazanah Bukit Besi yang berpotensi untuk membangun sosial ekonomi orang Bukit Besi terabai dek gelagat wakil rakyat yang sombong dan angkuh. YB Din Adam. Dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri menhentam MB Mat Said kononya beliau tak tahu menahu pasal lombong dah beroperasi...
Masa beliau jadi Exco zaman Deris tak pernah berusaha nak bangunkan lombong dan hidupkan tapak Sejarah Lombong ( Beliau Pengerusi Muzium Negeri Trg gak...)...
Orang yang siuman dah tahu gelagak 10 budak hitam....
BIla Mat Said datang melawat dan buat program di Bukit Besi, dia lari lintang pukang...gitulah YB kami cap xxxx !!!
Apa salahnya berunding demi kebaikan orang kampung..tapi kata orang rumah dah besar di KT, keluarga pun d'KT, lening dok sibuk main golf seluruh dunia...nanti kalau ada pemilihan parti atau pilihanraya duit dah banyak..tabur je lahh. Kroni atau pengikut pun anak xxxx patuk je lahhh. KISAH PAK KADOK, MENANG SORAK.. KAMPUNG TERGADAI"
Untuk pengundi DUN BUKIT BESI,..Lu Fikirlah Sendiri, kalau ada YB payah nak jumpa..2 penggal jadi YB & Exco takada kemajuan d'Bukit Besi ...kononya bawak balik Projek UITM & Penjara tapi YB kita bawak balik juga pekerja-pekerja Bangla, Indon & Vietnam..apa cerita
Tolak YB Din pilihanraya akan datang.....

Wednesday, July 28, 2010

KETENGAH KUATKUASA PEMBAYARAN SEWABELI RUMAH & KEDAI


Kebelakangan ini KETENGAH dok sibuk saman dan notis pemilik rumah atau premis niaga yang tak bayar atau tertunggak 6 bulan kena sita..SYABAS PENGURUS BAHAGIAN PERUMAHAN DAN TANAH KETENGAH ( HJ.SIDEK & HJ.JUSOH)...

Orang Bukit Besi tak mampu atau tak nak bayar ??..

Sapa tak nak bayar hutang, kalau makan sekadar cukup, belanja anak sekolah tak cukup (duit PIBG pun tak bayar). Api kena potong, air pun tukar meter ...potong lah tuuu..

Keluhan kami >>KETENGAH dah 37 tahun dBukit Besi !!! Wakil rakyat DUN & PARLIMEN pun bekas pegawai Ketengah tapi Ekonomi dan Sosial BUKIT BESI masih berkarat...( 99% Bangsa Melayau), Nasib baik ada kilang PESAKA bolehlah 1keluarga kerja kat situ.

Sape nak bantu orang Bukit Besi kalau Wakil Rakyatnya dok sibuk hayun kayu golf, lawan MB, jarang nampak kat Bukit Besi almaklum rumah besar di Bandar KT. Kata orang bila rakyat cap xxxx...BERKOKOK KUAT, TAHI PENUH D'PUNGGONG.

Dipihak KETENGAH lak terdapat beberapa orang kakitangan dan Pegawai yang berlagak dan tiada PR atau budaya kerja mesra rakyat. Kuasa tak setara mana lagak melebihi Bossnya. Kononya tugas...., tapi kalau lapuran ada unsur-unsur pengenalpastian masaalah sebenar rakyat, bersikap terbuka (dengar dan prihatin) masaalah boleh diselesaikan....Komuniti KETENGAH lebih maju dan berwawasan !!!

Kalau di zaman Jepun & Orang Putih BUKIT BESI boleh Maju dan Harmoni...apalah kurangnya KETENGAH yang punyai kuasa dan peruntukkan$$$ dari Pusat & Kerajaan Negeri Terengganu, sumber sedia ada dan Pengurus-pengurus berpendidikan tinggi tambahan dah 37 tahun d'Bukit Besi